Thursday, November 26, 2009

BERHARI RAYA AIDILADHA (QURBAN)

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Pada hari ini 26 Nov 2009 Jumaat kita umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan ini aku buat petikan khatubah sembahyang sunat Aidil Adha...

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH
Pada setiap tahun berjuta-juta umat Islam dari pelbagai negara di seluruh dunia, yang berbeza warna kulit, darjat dan pangkat berhimpun dalam satu perhimpunan terbesar umat Islam sebagai melaksanakan perintah agama, di samping memuji dan mengagungkan kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Suci selain dapat berkenal-kenalan, mewujudkan perpaduan dan menyatukan ummah serta dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam.
Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Hajj, ayat 27:

Bermaksud: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh".
Apa yang mengkagumkan dan menggembirakan, pada musim haji di tanah suci ini ialah mereka bersepakat dan bersatu melafazkan kalimah talbiah mentauhidkan Allah S.W.T:
"لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ."

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami sahut seruanMu. Seungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu.

Seruan ini memberi makna yang besar kepada seluruh jemaah haji kerana ianya merupakan ikrar yang dilafazkan semata-mata untuk bertawqa kepada Allah S.W.T,

Bini aku jenis orang jenis rajin gak, dia buat Cake Carrot
kegemaran  aku...

Sapa-sapa yang nak resepi buat Cake Carrot ni, boleh lah email
 kat aku... free tiada apa-apa bayaran.


Pada Hari Raya Haji tahun ini aku buat persiapan ala
kadar ajer, cuma yang  macam gambor ini ajer !!!


Nasi himpit dan macam-macam lagi ......

Nasi himpit kesukaan aku .....

Kuah kacang boleh makan dengan nasi himpit ....
Ha... ini kari ayam pencen, best gak makan ngan pulut kuning,
sekali-sekali makan macam ni!!!!

Ini rendang ayam pencen!!! boleh tahan juga rasanya, macam
ayam kampung ajer, aku sebut pasal ayam pencen ini semasa nak
berhari raya harganya sampai Rm10.00 seekor, tetapi sabelumnya
 harganya cuma Rm6.00 seekor, dia orang ni betul-betul ambil
kesempatan,  sape punya kerja nie????... mencekek darah betui
la dia orang ni...


Mama & Puteri kesayangan .......
Mama dan kedua Puteri kesayangan .....
Lagak Abang dan Adiknya ......

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum!!!!!!.........
Koi Ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengikuti blog koi ne.... terima kasih koi ucapkan, dalam page ini koi cuba muatkan peristiwa berhari Raya di Sanggang di teratak Ibu yang tercinta. Selain slide koi juga akan muatkan gambar-gambar anakberanak dan juga saudara mara yang sudi berjihrah ke umah orang tua koi.....

Biar kulit segelap Almond London
Asal hati sesuci Kueh Bangkit
Biar Iman sekental Dodol
Jangan senipis Tempeyek
Biar Jiwa selembut Bauhulu
Asalkan akhlak secantik Biskut Dahlia
Senyumlah semanis Wajik
Agar lebaran disambut lebih bermaana......

Pada awal rancangan koi mula-mulanya nak menyambut Raya di Gombak ajer, tetapi pada saat-saat akhir anak-anak koi ajak balek berhari raya ke kampung juga, lebih-lebih lagi dia semua sponser dari minyak kereta sampailah ke tot plaza, jadi koi turutkan ajer la, macam mana pun koi ucapkan terima kaseh banyak-banyak pada anak-anak koi semua.

Koi balik ke Kampung pada malam 18 Sept 09 pukul 10 mlm, koi balik berdua dengan orang umah koi ajer, sebab semua anak-anak dah balik lebih awal, mula-mula koi iku jalan highway sampai ke Bukit Tinggi, kemudian koi tengok jalan jem agak terok juga bila koi menurun dari Bukit tinggi tu, jadi koi ambil keputusan masuk kejalan lama, mula-mula org umah takut gak sebab dah agak malam, lagi pun hujan
renyai-renyai tapi bila koi masuk jer ke jalan lama tu, koi dapati ader gak kereta yang lain ikut sama, jadi legala sikit... bukannya takut apa sebab takut la kereta buat perangai, huh !!!! susah jaga la, dah la jalan sempit bengkang-bengkok, tambahan pula lampu jalan tak ader pula tu. Koi ikut jalan lama sampai ke simpang Bentung ajer, lepas tu koi masuk highway pulak la, sebab kereta pun dah agak kurang, jadi selesa la sikit.
Alhamdulillah, akhirnya koi sampai ke kampung halaman yang tercinta lebih kurang pukul 12.00 t/mlm. Koi nak cerita pasal tidur kat kampung ni,
kalau dah lebih pukul 12 t/mlm tu, kita rasakan malam tidur dalam bilik berhawa dingin pulak, lebih-
lebih lagi kalau dah nak ke pagi, nak mandi sembahyang subuh tu mengigil rasanya.


Kalau tak silap koi 5 ekor ayam di korbankan pada Hari Raya
tahun ini, semuanya di buat kari..... kemudian di makan dengan
lemang... huh !!!! memang best !!!
Dalam tin ini la, lemang di rebus dulu sampai masak,
buat cara inilah yang paling senang, gerenti masak
kemudian barulah di bakar, supaya ianya agak kekuningan