Thursday, November 26, 2009

BERHARI RAYA AIDILADHA (QURBAN)

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Pada hari ini 26 Nov 2009 Jumaat kita umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan ini aku buat petikan khatubah sembahyang sunat Aidil Adha...

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH
Pada setiap tahun berjuta-juta umat Islam dari pelbagai negara di seluruh dunia, yang berbeza warna kulit, darjat dan pangkat berhimpun dalam satu perhimpunan terbesar umat Islam sebagai melaksanakan perintah agama, di samping memuji dan mengagungkan kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Suci selain dapat berkenal-kenalan, mewujudkan perpaduan dan menyatukan ummah serta dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam.
Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Hajj, ayat 27:

Bermaksud: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh".
Apa yang mengkagumkan dan menggembirakan, pada musim haji di tanah suci ini ialah mereka bersepakat dan bersatu melafazkan kalimah talbiah mentauhidkan Allah S.W.T:
"لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ."

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami sahut seruanMu. Seungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu.

Seruan ini memberi makna yang besar kepada seluruh jemaah haji kerana ianya merupakan ikrar yang dilafazkan semata-mata untuk bertawqa kepada Allah S.W.T,

Bini aku jenis orang jenis rajin gak, dia buat Cake Carrot
kegemaran  aku...

Sapa-sapa yang nak resepi buat Cake Carrot ni, boleh lah email
 kat aku... free tiada apa-apa bayaran.


Pada Hari Raya Haji tahun ini aku buat persiapan ala
kadar ajer, cuma yang  macam gambor ini ajer !!!


Nasi himpit dan macam-macam lagi ......

Nasi himpit kesukaan aku .....

Kuah kacang boleh makan dengan nasi himpit ....
Ha... ini kari ayam pencen, best gak makan ngan pulut kuning,
sekali-sekali makan macam ni!!!!

Ini rendang ayam pencen!!! boleh tahan juga rasanya, macam
ayam kampung ajer, aku sebut pasal ayam pencen ini semasa nak
berhari raya harganya sampai Rm10.00 seekor, tetapi sabelumnya
 harganya cuma Rm6.00 seekor, dia orang ni betul-betul ambil
kesempatan,  sape punya kerja nie????... mencekek darah betui
la dia orang ni...


Mama & Puteri kesayangan .......
Mama dan kedua Puteri kesayangan .....
Lagak Abang dan Adiknya ......

No comments:

Post a Comment